KV KERIAN

SEJARAH KOLEJ

Kolej Vokasional Kerian terletak kira-kira 5km dari pekan Bagan Serai menghala ke Kuala Kurau. Dahulunya kolej ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Kerian. Mula dibina pada bulan Mac 1990 di atas tapak seluas 21 hektar dengan kos perbelanjaan RM33,744,455.00 dan siap sepenuhnya pada Januari 1991.

Di antara pengetua-pengetua sekolah ini ialah:
  1. En. Tajuddin bin Abdul Rashid (16 Mei 1992- 8 Feb 1997)
  2. Tn. Haji Mohamad Eksan bin Mursit (15 Mei 1997- 10 Sept 2001)
  3. Tn. Haji Mohd. Idris bin Ramli (1 Nov 2001- 30 Jun 2006)
  4. En. Hamid bin Jumhari (16 Sept 2006- 30 Okt 2010)
  5. Pn. Hajah Zaliha binti Abd. Wahid (1 Nov 2010- 30 Nov 2010)
  6. Tn. Haji Razali bin Hashim (1 Jan 2011- 8 Mac 2014)
  7. En. Ahmad Darimi bin Ahmad Hussain (10 Mac 2014 hingga kini)
Pengambilan pertama murid pada 13 Mac 1993 iaitu seramai 39 orang yang terdiri daripada murid bidang kimpalan iaitu Kimpalan Arka Peringkat Asas, Kimpalan Arka Peringkat Pertengahan, Kimpalan Arka Peringkat Tertinggi. Pengambilan murid tingkatan empat dibuat pada 17 Januari 1994 ialah seramai 231 orang. Kelulusan SPM(V) untuk generasi pertama pada 1994 adalah 62.23%.

Pada awal penubuhan sekolah, seramai 39 orang tenaga pengajar dan 9 orang kakitangan sokongan sebagai perintis. Pada ketika itu terdapat dua aliran yang ditawarkan iaitu aliran vokasional dan kemahiran.

Pada tahun 2013 sekolah ini dikenali sebagai Kolej Vokasional Kerian dan kemasukan pertama pelajar kolej mulai Januari 2013. Selepas dinaik taraf menjadi kolej, kini terdapat dua bidang kursus ditawarkan iaitu:
  1. Bidang Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  • Teknologi Kimpalan
  • Pemesinan Industri
      2. Bidang Perniagaan
  • Pengurusan Perniagaan 
  • Kesetiausahaan Pentadbiran
Jumlah tenaga pengajarnya kini seramai 82 orang dan jumlah kakitangan sokongannya pula adalah seramai 23 orang.

5 comments: