LOGO

Penerangan warna pada lencana Kolej Vokasional Kerian Biru tua- Melambangkan rajin dan dedikasi. Melambangkan perlaksanaan sistem pengkoperatan Kolej Vokasional Kerian. Putih- Melambangkan kesucian hati dan sifat amanah. Merah- Melambangkan keriangan dan sfat penyayang, keagresifan dan sifat bertenaga. Kuning- Melambangkan keaslian dalam aktiviti pemikiran. Penerangan bentuk logo Kolej Vokasional Kerian Lima garisan merah, putih, kuning dan hitam- Melambangkan prinsip Rukun Negara yang didukung oleh setiap rakyat Malaysia. Lima garisan melambangkan Rukun Islam yang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Tiga garisan putih, kuning dan hitam- Melambangkan warna rasmi negeri Perak. Menunjukkan Kolej Vokasional Kerian terletak di dalam jajahan negeri Perak Darul Ridzuan. Kombinasi lima garisan kecil merah, putih, kuning, hitam dan satu garisan merah besar- Melambangkan kerjasama setiap individu di dalam organisasi Kolej Vokasional Kerian membentuk satu organisasi yang utuh. Melambangkan penjanaan idea setiap individu dalam organisasi dalam memacu Kolej Vokasional Kerian ke arah pencapaian dinamik. Melambangkan penyatupaduan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Kerian bagi membentuk dan seterusnya menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Kombinasi bentuk "V" dan "nukleus"- Menunjukkan keadaan tangan yang sedang menggenggam erat sesuatu yang bernilai. Simbol nukleus menunjukkan sesuatu yang bernilai dan akan menjadi lambang dalam pembentukan produk pelajar yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment